Author

banner image

Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


Menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Islam telah menggariskan panduan yang lengkap berkaitan cara terbaik untuk menyambut kelahiran bayi. Ini adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh  junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Persediaan untuk menyambut kelahiran bayi bukanlah hanya tertumpu pada masa kelahiran sahaja, tetapi ianya sebenarnya bermula apabila si ibu mula disahkan mengandung lagi.

Berikut adalah beberapa perkara yang disunatkan untuk dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi:

Sujud Syukur

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila mendapat berita gembira tentang si ibu selamat melahirkan anak adalah dengan melakukan sujud syukur. Semasa hendak melakukan sujud syikur, kita perlu pastikan bahawa kita berada dalam keadaan berwuduk. Cara melakukannya adalah dengan bertakbir serta niat dan terus bersujud sekali sahaja (sepertimana sujud tilawah). Bacaan semasa sujud adalah sama seperti solat biasa dan boleh juga ditambahkan dengan ucapan rasa syukur dengan nikmat anak yang diberikan (di dalam hati). Kemudian duduk dan memberi salam.

Mengazankan anak

Disunatkan juga untuk mengazankan anak selepas kelahiran anak. Azan perlu dibacakan pada telingan kanan bayi tersebut dengan sekadar didengari telinga bayi tersebut. Baca azan yang sama sepertimana azan apabila masuk waktu solat. Hikmah mengazankan anak pada telinga kanan adalah untuk memastikan seruan nama Allah adalah perkara pertama yang didengari oleh bayi tersebut.

Mengiqamatkan anak

Selepas mengazankan pada telingan kanan, kita disunatkan juga untuk membaca iqamah ditelinga kiri bayi. Bacaan iqamah tersebut adalah sama sepertimana yang dibacakan sebelum solat berjemaah.


Mentahnik Bayi

Tahnik adalah memberikan bayi sedikit manisan seperti kurma atau madu. Tahnik boleh dilakukan oleh bapa si bayi ataupun oleh orang yang lebih alim dan baik akhlaknya seperti para ulama. Tahnik dilakukan dengan memasukkan sedikit kurma pada mulut bayi dengan menggunakan jari manis. Dengan menggunakan telapak jari manis, gosokkan kurma tersebut pada lelangit bayi perlahan-lahan. Kemudian biarkan bayi hisap jari sedikit dan keluarkan jari.

Itulah  4 perkara yang perlu dilakukan sejurus selepas menyambut kelahiran bayi. Semoga bermanfaat.  
Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Reviewed by TheHaikal on 12:09 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.